Rabu, November 19, 2008

ALAM PERKAHWINAN YANG TAK DI DUGA

Assalamualaikum semua.... rasanya dah lama tak menulis dalam blog nie. Untuk pengetahuan semua saya nie dah pun menamatkan zaman bujang saya pada 26 April 08 yang lepas. Majlis yang dilangsungkan dalam suasana yang sederhana tapi meriah ini merupakan satu majlis yang tak pernah di duga oleh saya sendiri. Ini adalah kerana saya tidak pernah menyangka akan menamatkan zaman bujang pada tahun ini. Walaubagaimanapun saya amat bersyukur kerana telah ditemukan jodoh pada usia 25 tahun. Umur ini tidaklah terlalu muda ataupun terlalu tua untuk berumahtangga. Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Behor Empiang, Perlis pada jam 1120 pagi hari yang sama. Majlis resepsi pula berlangsung di kediaman saya di Kangar, Perlis. Majlis resepsi di rumah pihak lelaki pula berlangsung pada 3 Mei 08 di Tanjung Keling, Melaka.

Khamis, Disember 27, 2007

HARI BERSEJARAH DALAM HIDUP KU....

Photobucket


aSSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA....


Tanggal 22 Disember yang lepas merupakan hari yang paling bersejarah dalam hidupku apabila diriku ini telah dimiliki... walaupun masih belum dimiliki sepenuhnya... Aku telah selamat bertunang dengan jejaka pilihan hatiku pada tarikh tersebut. Rombongan dari pihak lelaki telah bertolak dari Melaka pada 21 Dis 07 jam 1600H dan singgah berehat di Lumut. Mereka bertolak semula pada keesokan harinya dan tiba di Perlis selepas solat zohor. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan semuanya selamat seperti yang dirancangkan....

Isnin, Mac 26, 2007

Sembah Kenal






Sembah Kenal merupakan satu acara yg mana memberi peluang kepada rakyat untuk berbual dan beramah mesra bersama pemerintah tertinggi negara iaitu Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Semasa majlis pentauliahan aku pada tanggal 17 Disember 2005 yang lepas, aku telah diberi peluang untuk membawa kedua ibu bapa aku bertemu SPB Agong dan permaisurinya. Ini merupakan peluang pertama dan terakhir rasanya bagi kedua ibubapaku untuk bersalam secara peribadi dan beramah mesra bersama SPB Agong. Aku begitu berbangga mendapat peluang ini kerana antara 120 org yang ditauliahkan pada hari itu hanya 13 pegawai sahaja yang mendapat peluang seperti aku. Aku terpilih kerana aku merupakan satu2nya pegawai yang berasal dari Perlis. Memandangkan SPB Agong merupakan Raja Perlis maka dengan itu aku secara tersendirinya terpilih. Betapa ibubapaku merasa gembira kerana mendapat peluang ini...



Bagi mereka yang mendapat peluang seperti aku pastinya berasa gembira seperti diriku...



"Daulat Tuanku"



"Daulat Tuanku"



"Daulat Tuanku"

Rabu, Januari 31, 2007

Unit Berkhidmat Dalam TLDM sejak 23 Jan 06



Aku telah ditauliahkan pada 17 Disember 2005 dan telah mingikuti kursus Pegawai rendah di KDSI 1 Lumut selama hampir 2 minggu. selepas aku menamatkan kursus, aku telah di perjawatkan sebagai Pegawai Jurulatih Sekolah Pengurusan Material Fakulti Bekalan dan Pengurusan, KD Pelandok.Saya mula berkhidmat di FBP pada 23 Januari 2006 sehinggalah 14 Sept 06. Di FBP saya dikehendaki mengajar pelatih2 yang baru memasuki perkhidmatan navy umumnya dan kepakaran bekalan khasnya. Secara jujurnya saya mengakui bahawa saya tidak mempunyai pengalaman yg benyak untuk mengajar terutama sekali berkaitan kerja kerana saya sendiri belum pernah berkhidmat di depot2. Walaubagaimanapun saya mengambil peluang ini untuk mendalami dan mempelajari lagi perkara2 berkaitan bekalan dan stor teknikal.Pada tarikh ini saya telah ditukarkan ke Markas Bantuan sebagai Pegawai Staff Pemeriksaan dan Penilaian. Khidmat saya di markas ini hanyalah untuk tempoh yang singkat iaitu selama lebih kurang 4 bulan sahaja. Di P&P saya perlu menguruskan perkara2 seperti Audit Tabung pengurusan yang memerlukan kelulusan Panglima Tentera Laut dan Panglima Bantuan sendiri. Selain itu P&P juga berfungsi sebagai jabatan yang mengendalikan Audit Pengurusan terhadap 5 unit naungan iaitu KD Malaya, Depot Bekalan TLDM, Protela Lumut, Wisma Samudera, Depot Senggaraan Kenderaan, manakala 96 HATL akan diaudit oleh MTL sama seperti Markas Bantuan sendiri. Selain itu juga, jabatan ini bertanggungjawab terhadap BSC unit2 dan Markas sendiri, TQM unit naungan dan retreat yang dilakukan setiap tahun. Pada tahun 2006 retreat telah dilaksanakan di Tiara Beach Resort pada 4 hingga 6 Dis 06 yang melibatkan semua pegawai Memerintah dan Pemerintah termasuk pengurus BSC unit masing2. Pada 22 jan 07 saya telah ditukarkan ke Pasukan Pertahanan Udara TLDM dan telah menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir di PPU TLDM. Saya difahamkan unit ini memerlukan saya mengikuti aktivi termasuklah opresi di hutan2 dan penggunaan senjata Starburst. Ini merupakan pengalaman yg baru dan bernilai kepada saya. Diharapkan saya akan menyandang jawatan ini untuk tempoh masa yg agak lama supaya saya dapat menimba sebanyak ilmu yang mungkin untuk dijadikan bekal saya disepanjang perkhidmatan ini.

Rabu, Oktober 04, 2006

SETELAH HAMPIR 8 BULAN BEKERJA

Aku telah selamat ditauliahkan pada Disember tahun lepas dan telah memulakan perjawatan pertama aku sebagai Pegawai JUrulatih Sekolah Pengurusan MAterial di KD PELANDOK Lumut.
Setelah hampir 8 bulan bekerja di Pelandok aku telah ditukarkan ke MArkas Bantuan sebagai Pegawai Staf Pemeriksaan dan Penilaian.
Banyak yang telah aku pelajari di Pelandok dan akan aku jadikan panduan dan pedoman di sepanjang aku melalui alam pekerjaan sebagai seorang pegawai tentera. Terima kasih yg tak terhingga kepada pihak atasan Tentera Laut kerana telah menukarkan aku ke tempat yang lebih mencabar dari tempat asal aku. Aku berharap dapat menjalankan kerja dengan sebaiknya dan dapat mengharumkan nama aku sendiri dalam Angkatan Tentera

Jumaat, Oktober 28, 2005

Pentauliahan aku sendiri


Sudah hampir 5 tahun aku menghabiskan masa aku di ATMA akhirnya aku akan ditauliahkan juga pada penghujung tahun ini.......
Aku bersama2 dengan skot2 aku bakal ditauliahkan pada 17 Disember 2005 ini dengan menyandang pangkat Kapten dan setaraf...
Tahniah buat teman2 seperjuangan dan senior2 yang tauliah sekali ngan aku nieeee....
Kepada mereka2 yang mengenali diri ini doakanlah semoga perjalanan hidup kami semua sebagai seorang pegawai berjalan dengan lancar dan jayanya....
Kitorang semua balik dari menjalani Latihan Perkhidmatan Tunggal yang terakhir pada 28 september yang lepas.... Baru jer balik dah nak start puasa lak... Tapi tak per ler, nak buat cam mana yek... Kena lak kawat time2 posa nie. Habis muka hitam bila balik raya nie... huhuhuhuhuh sedih giler tapi nak buat cam mana.....
dah kehendak perkhidmatan

Ahad, Julai 03, 2005

pentauliahan sekali lagi...

Hujung tahun nie aku pulak yang akan ditauliahkan.... Tahniah buat diri aku sendiri. Tapi sebenarnya aku takut gak nak tauliah nie, tak tau apa yang bakal aku tempuhi lepas tauliah dan masa kat unit nanti. Walau macam mana sekalipun aku sudah set mental dan fizikal aku untuk menerima setiap apa yang bakal aku tempuhi nanti. Tahniah juga buat senior2 yang akan ditauliahkan bersama aku dan member2 yang seangkatan dengan aku. Semoga apa yang kita pelajari dari ATMA akan digunakan se[enuhnya semasa berada di unit nanti. 18 nie lak aku dah kena OJT kat KD Mutiara... tak tau ler pulak apa yang bakal aku tempuhi masa kat sana nanti. Doakan aku selamat pergi dan selamat kembali dari pelayaran aku nanti

Jumaat, Disember 10, 2004

pentauliahan.....

11 Disember 2004 hari Pentauliahan Diraja bagi senior aku.... keesokannya pulak ada majlis konvokesyen UTM. Malam lak ada konsert ngan DBKL... Macam-macam gak ler aktiviti yang ada skang nie sementara nak hujung tahun. Cam mana pun.... aku terasa sedih gak ler bila pikirkan yang ramai senior akan meninggalkan ATMA dan masuk ke unit masing2. Bukan sahaja senior2 yang nak kuar...tapi ada gak ler pegawai2 yang nak kuarkan diri dari ATMA. Yang nie lagi ler aku sedih, bukannya apa...aku nie consider dah ada pr yang baik ngan pegawai2 so.... bila ada yang kuar, terasa giler ler...siap leh dok terpikir macam mana ler gayanya bakal pegawai yang nak ganti tempat2 yang kuar nie. Tapi buat susah kepala otak aku jer... bukannya keje aku nak pikir pasal diorang semua hehehehheheh.