Selasa, November 09, 2004

Tanggungjawab.....Tanggungjawab....Tanggungjawab

Hujung tahun nie..... Memang hari yang bersejarah buat intake 2004 atau skang nie dikenali sebagai 2000. Sebab apa.... coz diorang dah nak ditauliahkan dah pada 11 Disember nie... Aku lambat lagi ler... Ada 1 semester pengajian lagi, pastu nak kena pi training lak tu. Macam mana pun tahniah ler buat senior-senior yang dah nak dapat pangkat. Jangan lak bila dah ada pangkat kat bahu.... mula ler nak tunjuk lagak. Ingatlah wahai sahabat, pangkat tu bukan pakai untuk tayang kat orang jer... Besar tanggungjawabnya bila dah mula pakai benda alah tu kat bahu... Bukan senang nak dapat pangkat...sama gak ler dengan susahnya tanggungjawab yang nak kena pikul tu. Member-member yang dah dapat pangkat selalu pesan... jangan bodoh sombong.. tak tau tanya.. jangan nak buat pandai kat tempat orang. Aku yang nak tauliah tahun depan pun terasa bahangnya... Bukannya apa, cuma takut nak menghadapi alam pekerjaan. Biasa ler kan, alam pekerjaan kat dalam tentera bukannya sama macam alam pekerjaan kat tempat awam. Cabarannya lebih tinggi berbanding ngan awam.... disiplin dan macam-macam lagi yang nak kena jaga. Bukannya senang wahai sahabat-sahabatku.....
Ingatlah bila dah dok kat atas tu jangan lupa nak jenguk ke bawah.... Bukannya apa, kita nie bukannya akan sentiasa ada kat atas nun.... yang kat atas akan sentiasa berada di bawah balik... Cuma masa dan cara jer yang berbeza. So kalau yang jatuh tu cara yang tak baik... terima jer ler... Mesti ada apa2 yang tak betul yang dah berlaku. Kalau jatuh cara terhormat.... kira mantap giler ler.Nama akan dikenang sentiasa. So pilih ler nak jatuh dengan cara yang macam mana.... Pilihan tu di tangan kita sendiri... Wassalam