Selasa, Jun 29, 2004

PALAPES

Happy aku hari nie sebab aku telah bertemu dengan pelajar2 PALAPES Navy UUM.Aku berjumpa secara kebetulan kerana aku ingin membeli majalah di kedai buku. Secara tetiba ada suara yg memberi hormat padaku. Aku berpaling dan ternampak seorang perempuan yg memakai uniform navy berpangkat kadet.Aku balas hormatnya dan dia terus bertanyakan mengenai diriku kerana tidak pernah melihat aku sebelum ini.Aku telah perkenalkan diriku dan menceritakan serba sedikit mengenai kedatangan aku ke UUM. Dia telah memperkenalkan aku kepada Lt Muda dan Mids lain yg ada di UUM.Apa yang aku ketahui, tidak ramai pelajar PALAPES navy di UUM.Jurulatih yang mengajar diorang adalah berpangkat GI jer, yang lainnya Lt Muda dan Midshipman UUM sendiri.Mereka menjemput aku join aktiviti yang diorang adakan setiap minggu memandangkan tidak ramai PALAPES NAVY. Perlawaan mereka akan aku pertimbangkan memandangkan diri aku sendiri sudah berasa bosan berada di UUM.