temuduga ATMA
Assalamualaikum...
Masa zaman aku masih lagi pelajar lepasan sekolah menengah, aku bercita-cita nak menjadi seorang arkitek yang berjaya kerana aku terlalu meminati bidang kejuruteraan terutama sekali dalam mereka bentuk. Aku memberikan tumpuan terhadap pelajaran yang ada kaitan dengan kejuruteraan sahaja seperti lukisan kejuruteraan, fizik, matematk dan matematik tambahan. Subjek lain bukanlah di abaikan tetapi kurang penumpuan sedikit berbanding dengan yang subjek yang aku minat dan target. Alhamdulillah aku dapat keputusan yang agak cemerlang untuk SPM aku dan aku diterima masuk ke TRONOH. Segala persiapan telah dibuat dan hanya menunggu masa untuk mendaftarkan diri sahaja. Entah apa yang telah berjaya mengubah fikiran aku, pada hari pendaftaran aku telah memaklumkan pada ayahku bahawa aku tidak mahu belajar kat TRONOH. Bapak aku mengamuk giler, bukannya apa di adah bayar duit deposit untuk aku masuk belajar kat sana. Tapi bila aku bersungguh tak nak masuk sana, dia mengalah gak ler ngan aku. Aku tunggu lama gak ler untuk terima tawaran dari tempat lain, sehinggalah aku dapat surat tawaran dari ATMA. Aku terima terus tanpa banyak fikir sebab memang aku minat pun, kebetulan ler aku dapat sebab aku tak terget aku nak dapat masuk. Aku gi lembaga pemilihan, lebih kurang ngan temuduga gak ler. Masa temudaga selama 2 minggu tu yang teruk sikit sebab kena uji dari segi mental dan fizikal. Aku dok rasa yang aku nie mesti tak dapat masuknya sebab aku nie dalam kategori gemok gak ler. Tapi apa yang menyebabkan aku terpilih... aku sendiri tak leh nak pikir. Ramai lagi yang lebih layak berbanding dari aku. Tapi aku selalu pikir yang mungkin rezeki aku dah kat sini. So aku terima jer ler, takyah nak pikir panjang. Buat pening kepala otak aku jer nanti