Isnin, Mei 24, 2004

Pendakian Ke Gunung Tahan

21 MARCH 2004
pagi nie seramai 90 kadet dan 20 orang jurulatih telah memulakan perjalanan ke Taman Negara Merapoh Pahang. Perjalanan bermula pada jam 1100H pagi dan kami telah tiba di taman negara merapoh pada jam 1500H petang. Ketibaan kami disambut dengan kehadiran hujan yang amat merisaukan semau pendaki.Keadaan hujan merisaukan kerana akan menyukarkan kerja-kerja pendakian di kawasan yang curam. Walau bagaimanapun, hujan yang turun tidak lah lebat dan keadaannya tidak berlarutan sehingga malam.Kumpulan satu telah dikumpulkan dan diarahkan untk membahagikan kumpulan agar mudah untuk memberikan rangsum tempur.Kumpulan kedua dibenarkan untuk menikmati pemandangan indah yang ada di sekitar taman negara itu.Perjalanan bermula pada keesokan harinya.


22 MARCH 2004
Kumpulan pertama telahpun bersedia untuk memulakan pendakian setelah diberikan sedikit taklimat oleh kem Komanden Lt Kdr Syed Hassan.Pemeriksaan akhir barang-barang keperluan dilakukan oleh pegawai dari taman negara sendiri.Pendakian bermula pada jam 1100H pagi dengan kekuatan 48 kadet dan 2 jurulatih.Manakala kumpulan kedua dikehendaki untuk melakukan sedikit aktiviti untuk pemanasan badan agar tidak mengalami kejutan ketika mendaki esok hari. Kumpulan kedua telah dilakukan pemeriksaan pada sebelah petangnya untuk memberikan ruang masa kepada kumpulan ini berehat pada sebelah malamnya. Pembahagian rangsum tempur dan peralatan pendakian diagihkan mengikut kumpulan kecil pada sebelah petangnya.Pada sebelah malamnya ahli kumpulan kedua diarahkan berehat dengan lebih awal unutk perjalanan esoknya.Saya sendiri merupakan ahli kumpulan kedua dan akan mula mendaki esok.


23 MARCH 2004
Semua ahli kumpulan dua telah bersedia untuk mendaki seawal 0900H pagi.Kami ahli kumpulan kedua dikehendaki memasak makanan tengah hari unutk memudahkan pendakian nanti. Kami semua telah berada di Sungai Relau pada jam 1030H, taklimat diberikan oleh ketua pendakian dan kami memulakan perjalanan pada jam 1100H.Kami tiba di check poin yang kedua iaitu Kem Kor pada jam 1500H dan mula memasang khemah.Tidak banyak yang dapat dilakukan kerana tapak khemah yang agak kecil.Diarahkan berehat untuk memulakan pendakian esok yang lebih mencabar.Saya telah diarahkan unutk bersama-sama dengan Dato' mendaki sehingga ke puncak Gunung Tahan.

24 MARCH 2004
Pendakian pada pagi ini dimulakan pada jam 0900H dan saya merupakan kumpulan yang terakhir meninggalkan Kem Kor. Disepanjang perjalanan terdapat banyak kawasan henti kerana pendakian kali ini lebih mencabar berbanding pendakian semalam. Antara tempat perhentian yang ada ialah Permatang,Berlumut,Bonsai,dan yang terakhir sekali Bukit Botak.Bukit Botak merupakan tempat check point yang terakhir dan kami berkhemah disini.Kami tiba di Bukit Botak pada jam 1630H dan meneruskan pendakian kepuncak pada petang itu juga.

25 MARCH 2004
Pagi ini kumpulan Mej Nasir terpaksa mendaki ke puncak kerana tidak mej Nasir tidak berkesempatan mendaki ke puncak petang semalam di sebabkan kecederaan pada kakinya.Ahli kumpulan lain telahpun bertolak turun ke Kem Kor kembali manakala saya dan beberapa org ahli yang lain mendaki menemani Mej Nasir. Kami bertolak turun dari puncak pada jam 1000H.dalam perjalanan turun kami telah bertempung dengan kumpulan ketiga iaitu kumpulan alpha yang di ketuai oleh Lt Kol Nor Azman dan Lt Syed Nor Adli.Kami tiba di kem Kor pada jam 1630H.Di kem kor kami telah bertemu dengan ahli kumpulan ke-4 iaitu dari skuadron Delta.Kami bersama-sama berkhemah di Kem Kor.

26 MARCH 2004
Pagi nie saya dan ahli kumpulan kedua bertolak turun ke Markas Tek pada jam 0900H manakala kumpulan ke-4 bertolak naik kepuncak pada jam 0800H.Dato' merupakan kumpulan pertama yang memulakan perjalanan turun.Disepanjang perjalanan kami telah bertembung dengan ahli kumpulan terakhir iaitu kumpulan Charlie yang diketuai oleh CO sendiri Lt Kol Azmy Yahya.Kami telah tiba di sungai relau pada jam 1100H dan terpaksa menanti sehingga 1500H kerana hari ini merupakan hari jumaat.Kami sempat melihat kejinakan ikan kelah yang terdapat di sungai relau.Kami selamat tiba di Markas Tek pada jam 1600H dan pemeriksaan barang2 telah dilakukan.