Selamat Mendaki Gunung Kinabalu
Hari nie aku baru start kerja selepas hampir 10 hari bercuti sempena mengikuti aktiviti pelajar2 thn 1 mendaki Gunung Kinabalu. Walaupun pendakian ini merupakan pendakian yang kedua buat diri aku, tetapi keperitan mendaki masih terasa kerana aku tidak langsung menjalani latihan kecergasan dan mengadakan persediaan untuk mendaki. Macam manapun.... aku tetap sampai ke puncak walaupun agak lewat dari kadet2 yang lain.Itu bukannya kerana aku tak nak naik, tapi aku kena ikut Dato' ngan Lt Kdr syed. Angin masa nak mendaki betul2 kuat sampai aku sendiri dah tak tahan sejuk.Sebelum nie aku naik steady jer... tak der ler sejuk sampai macam tu sekali. Mungkin sebab monsun agaknya, masa naik dulu... bulan mac, tapi kali nie naik bulan 7, cuaca pun bukannya berapa elok sangat.Kejap2 hujan, tapi nasib baik ler masa mendaki ke Lows Peak tak hujan.... hujan cuma turun petang sebelum mendaki. View pagi tu memang lawa giler sampai rasa taknak turun jer dari puncak tu. Tapi apa boleh buat..... peak tu kecik jer, so kena ler ikut giliran nak dok kat atas tu. Group aku ngan dato' bukannya group last coz masih ada yang lambat mendaki dari kami.... Group tu adalah group yang tengah dok buat pengambaran kat Kota Kinabalu.
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home