Khamis, Julai 01, 2004

Luahan Perasaan

Malam nie aku akan bertolak ke KL untuk mengikuti aktiviti pendakian gunung kinabalu bersama pelajar-pelajar ATMA tahun 2007.Tak sabar rasanya nak pergi ke sana.....bukannya apa, memang ler dah pernah mendaki gunung kinabalu sewaktu saya berada di thn 1. Tapi tak der langsung kenangan sewaktu saya mendaki kerana tak bawa kamera.Sebab tu kali nie rasa macam tak caya jer dapat mendaki sekali lagi.Itu merupakan suatu pengalaman yang tak akan dapat saya lupakan.Saya dimaklumkan bahawa saya akan berada di kumpulan 1 yang di anggotai oleh Komandan, Lt Kdr Syed, saya sendiri dan kadet thn satu.Macam mana pun saya dah target nak beli apa yang saya tak dapat nak beli masa saya pegi ke Kota Kinabalu dulu.Tak kesah ler nak abis banyak mana duit tu sebab saya memang dah simpan untuk gi KK.Ramai gak intake 2001 yang dapat gi antaranya Kak Azah, Kak Long, Nadziah, Yus Asriman dan Fariman.Jaszle di saat akhir tak pergi sebab dia terpaksa ke Lumut untuk sukan 4 penjuru. Dengar khabar Shira dicalonkan jadi PRM,Jasz pun dicalonkan gak. Memang tepat pencalonan kali nie. Kesian kat intake aku yang bakal di buang dan yang telah dibuang.Semoga mereka2 yang telah dibuang dan akan dibuang nanti mendapat tempat yang lebih baik lagi selain ATMA.Saya akan sentiasa mendoakan intake saya nie.

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home